About Us


Pasukan paintball Rabaq telah ditubuhkan sekitar Disember 2010 hasil usul dan cadangan dari Encik Aiman Affandi yang mendapat idea kerana kebosanan hari2 minggu beliau..huhu..kemudian usul ini telah mendapat persetujuan rakan - rakan utk membuat first game bagi melihat sejauh mana kebestannya permainan tembak2 ini..

Pada 2 Januari 2011, game pertama yg ditunggu2 telah diadakan di Cyberjaya Paintball Park..Seramai hampir 20 pemain bermain utk game yg julung2 kali diadakan ini..Ternyata, sukan Paintball ini telah menarik minat beberapa pemain utk meneruskan lagi hobi ini ke peringkat yg lebih jauh.

Melihat kepada ketaksuban beberapa pemain yg telah giler dengan permainan ini telah mengusulkan utk menubuhkan sebuah pasukan paintball yg lebih serius..Maka nama Rabaq telah diambil sebagai satu nama pasukan hasil idea spontan Encik Muhammad Rezwan..Dan pasukan Rabaq telah memaksa Encik Mohd Faizul utk mereka/design beberapa jenis logo pasukan tanpa belas kasihan..huhuhu

Kemudian, pada 29 Januari 2011, game kedua telah diadakan di Rimba Harmonis, Gombak..Hanya seramai 12 pemain sahaja yg sudi bermain pada game kedua itu..Permainan kali ini lebih menjurus kepada permainan Scenario atau Recball iaitu bermain didalam kawasan hutan..Tujuan game kali itu adalah utk merasa suasana bermain ala2 askar dalam hutan..hehe..

Dan pada 13 Februari 2011 telah diadakan sekali lagi permainan paintball di Cyberjaya Paintball Park..Seramai 12 pemain yg sudi beraksi pada kali ini..Tujuan permainan pada kali ini adalah lebih kepada pelajaran strategi dan berkenalan dengan lebih 5 orang pemain baru..Puas bermain pada kali ini kerana dapat bermain hampir 9 game termasuk dapat melawan team dari pelajar2 Iran..

Pada 2 Mac 2011 pula telah diadakan satu lagi game yg diadakan sebelah malam di padang Astaka, PJ..Team Rabaq telah diasingkan kepada dua iaitu Rabaq Alpha dan Rabaq Bravo seramai 10 orang pemain..Permainan kali ini adalah lebih bertujuan utk meningkatkan strategi dan keserasian team bagi berdepan Paintball Tournament di Kapreza 11' Bangi pada 5 mac 2011..Permainan kali ini juga telah mengundang seorang pemain Reaper pasukan Raskal itu Encik Abdul Aziz sebagai penasihat pasukan kami..

Dan pada 5 Mac 2011 bermula first tournament yg kami ceburi sebagai salah satu langkah awal utk menimba pengalaman dalam arena Paintball ini..Tournament yg dianjurkan oleh Kapreza 11' UKM Bangi ini telah banyak membuka mata kami berdepan dengan suasana dan tekanan dalam padang Paintball..Walopun terdapat banyak kelemahan pasukan serta ketidakadilan dalam padang, kami anggap ini adalah sebagai satu titik tolak pasukan Rabaq terus maju kedepan..Tahniah pada pasukan Rabaq Alpha kerana menduduki tangga yg ke-10 dari Top16 dan Rabaq Bravo menduduki tangga yg ke-2 dari top8..!

Maka bermulalah perjalanan pasukan Rabaq dalam arena Paintball! jumpa kami di MY-NPL di Melaka, April 2011 ini!
 
~ Penampilan biar gempaq...Main biar Rabaq ~